Wednesday, January 29, 2014

Burger everyone?


Memandangkan elin masih dalam mood on and off mami pon malas lah nak prepare nasi lagi. So untuk hari ini mami prepare beef burger untuk elin. Potion macam besar. Sebab selalunya kalau beli burger memang payah nak habis.


Tapi bila balik rumah, bukak bento box.. Tadaaaaa..


Alhamdulillah...

 photo post.png

Tuesday, January 28, 2014

Bento#14


Sebelum nak tido semalam saya ada tanya elin nak bento apa untuk esok?. Elin jawab nak roti je. Hmm mayb sebab takut jadi macam semalam kot. Tak apalah, tak perlu membebankan dia. Ikut je..


So, bento untuk hari ni..
sekian, cerpen bergambar..

 photo post.png

Monday, January 27, 2014

Bento #13


Alhamdulillah elin dah sihat dari demam. Syukur Ya Allah.. Tinggal lagi batuk yang merungsingkan mami sekarang ni. Macam-macam saya try air asam jawa, madu.. Batuk tetap tak kurang-kurang.. Tapi elin nak jugak pergi sekolah. So, hari ni Isnin ada assembly kena datang awal. 7:15 saya dah hantar elin ke sekolah. 
Lepas hantar elin, saya sms cikgu elin mintak tolong tengokkan elin sebab condition dia tak berapa ok. Masih weak lagi. Maka, bermulalah rutin harian saya, kemas itu, kemas ini, melayan nana main.. Tiba-tiba... henpon bunyi ada notification kat fb.. Bukak2 nama cikgu elin. Berderau darah..


Apalagi dapat je pm tu tak tunggu dah siap-siap terus pegi sekolah. Punya la risau. Rupanya pagi tadi masa hantar elin cikgu dia tak sampai lagi. So, budak-budak semua letak beg masing-masing kat pondok bacaan then terus pegi assembly. Lepas assembly tu lah budak-budak berebut-rebut ambik beg masing-masing nak masuk kelas. Si elin pulak sampai-sampai je pondok bacaan dia tengok bento bag dia dah jatuh atas tanah. Mau tak menangis?? Huhu... 
--------------------------------------------------------
Balik rumah saya tanya elin "kenapa kakak nangis?? sebab kawan buat ke?? sebab takut cikgu marah ke??sebab lapar ke??". Tau dia jawab apa???
"Sebab kakak kesian kat mami"
Adoiii luluh hati mak.. Maka saya pun pujuk dia. Saya tunjuk pic bento dia hari ni


Alhamdulillah dia ok lepas tu... 
Hai lah anak... mami sayang sangat kat kakak ... n adik.. 

 photo post.png

Nori Puncher


Hari ni nak share sikit pasal nori puncher. Nori puncher ni sangatlah berguna bila saya nak membuat charaben (karakter bento). Tapi kalau mommies yang rajin nak potong nori tu freehand saya amat salute beserta tabik hormat. Maklumla nk cut nori tu freehand memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Nak-nak lagi time nak cepat tapi terkial-kial nak mempotong ikut bentuk yang kita nak. Memang tak lah. So, hari ini saya nak share koleksi nori puncher saya (setakat ini). Jadi, kita mulakan dengan my favourite shoe puncher.


The shoe punchers are my favourite and I highly recommend them. The quality is soooo good and they are easy to use and cuts well.


Yang ni hapimogu puncher. Mommies boleh beli kat daiso rm5 each. Quality so so je. Maksudnya sometimes cut out cantik and ada masa cut out macam hampeh. Ko cut la dengan perasaan kasih sayang sekalipun kalau dia dah takmo keluo cantik. Tapi kalau ada tahap kesabaran yang setinggi gunung everest bole je nak try. Tak ade masalah pon.


Ok puncher yang    ni better dari puncher hapimogu tadi. Tapi still tak boleh lawan shoe puncher. Puncher jenis ni datang 3pcs each set.


 ni pon dalam  kategori shoe puncher jugak. But more to paper craft puncher. Tapi saya guna je potong nori. Cut-out mmg superb.


 puncher yang ni pulak datang dalam set. Yang Hello Kitty atas kiri tu free gift dalam bento book. Rilakkuma, hello kitty and panda puncher tu comes with rice mould in a set. Untuk puncher jenis ni cut out sama mcm puncher yang no 3 tadi. 

 Yang ni pon sama more to paper craft. Tapi saya pernah cuba atas nori cantik je mayb sbb untuk cut out yang besar. Puncher jenis macam ni mommies boleh beli kat bookstore. Puncher yang peach tu saya beli kat popular bookstore rm12.90 tak silap. Yang purple tu rm8.90

 Paper craft puncher. Beli kat daiso. Selalunya kalau untuk cut out besar tak ada masalah kalau guna paper craft puncher. Yang masalah cut out hancur, tak cantik, pecah2 tu untuk cut out kecik.
So, pada saya, shoe puncher adalah sebaik-baik investment. Biar mahal asalkan hasilnya puas hati. 
Happy bento-ing mommies!

 photo post.png

MY FRIENDS!