MY FRIENDS!

Tuesday, July 9, 2013

Bento #106

Last happy bento sebelum umat Islam memjalankan ibadah puasa esok hari. Tema thomas and friends untuk hari ini. Semoga anakanda elin dapat memjalani ibadah puasa untuk tahun ini. Amin

Friday, July 5, 2013

Bento #105

Happy bento elin hari ni bertemakan Little Twin Star . Kiki and Lala. Esok elin cuti. Ahad hari sukan sekolah.  Isnin cuti. Rabu Insyaallah puasa. Jadi, tinggal 1 saja happy bento pada hari Selasa sebelum kita umat Islam menyambut puasa. Mungkin blog ni pon sebulan tak ber update. Tengok lah tahap kerajinan saya nanti macam mana ye. Heee..


Happy bento hari ni saya penuhkan dengan aprikot, anggur, kiwi, dan roti. Kiki dan Lala tersebut ialah egg sheet. Tak berapa menjadi. Insyaallah akan cuba lagi nanti. Masa saya prepare happy bento ni saya teringat pada 2 orang kawan baik saya yang sudah lama tak jumpa. Hanya bertanya khabar di Instagram  dan facebook  saja. Masing-masing sibuk dengan life sendiri. Semoga mereka berdua sentiasa comel dan bahagia dengan orang-orang yang mereka sayang. Mereka pencinta LTS ni.
Pada mereka berdua, Julia dan Dira.. ini untuk korang! Wa rindu sama lu lah!


Take care! Huggssss

Thursday, July 4, 2013

Bento #104


Hari ni happy bento anakanda bertema shirousa sugarbunnies. Saya penuhkan dengan anggur, tembikai, roti butterscotch dan cheese. Still tak sempat nak pergi restok fruits dalam fridge makanya malam tadi saya pau kedai sebelah sepotong tembikai haha..
Sekian, cerpen bergambar saya hari ini. 

Wednesday, July 3, 2013

Bento #103


Kiwi, anggur, dan roti butterscotch. Sama macam semalam. Rasanya need to add fruits in our fridge hmmm..

Tuesday, July 2, 2013

Bento #102


Happy bento hari ini saya penuhkan dengan anggur, kiwi, dan juga roti butterscotch

Monday, July 1, 2013

Bento #101

Semalam anakanda elin request chicken nugget upin ipin. Ok apa saja sayam!. Pagi ni mami bangun awal dok berasap satu dapur memgoreng nugget 4 bijik. Dah memjadi kebiasaan bila prepare bento tak sah kalo tak masuk benda dalam mulut. Tak sedo ter ngap! sebijik nugget haha!. makanya ada 3 bijik je dalam happy bento dia hehe. Sowiiii 

 
created by glazsliper aka IDA HAJI BAIDZOWI