Friday, June 28, 2013

100!

Tahniah! Happy bento ke-100!
Dan kebetulan hari ini 28 jun anakanda elin berumur 4 tahun 11 bulan. 

Thursday, June 27, 2013

MIFFY



Gambar  ini adalah bento ke-99 untuk hari ke-102 persekolahan. Semalam cuti lagi disebabkan jerebu yang mencapai ipu sehingga 176 maka sekolah diarahkan tutup. Tetapi Alhamdulillah petang kelmarin hujan turun walaupun sekejap tetapi cukup untuk mengurangkan tahap ipu yang semakin teruk. Syukur Alhamdulillah. Malam tadi dapat sms dari cikgu elin hari ini sekolah dibuka semula. Yippie!! Maka pagi tadi memrasmikan bento set miffy. Ahh warna oren dan kuning sungguh memceriakan.
Sebenarnya lama dah set ni berada dalam koleksi bento tools saya. Tapi disebabkan satu persatu saya tambah sehingga kurasakan sudah complete baru lah teringin nak rasmikan. Elin pun banyak kali tanya 'bila mami nak buat bento miffy??" Haha ok lepas ni jangan tanya lagi ok!
Ok, kat sini saya nak share apa yang saya ada dalam set miffy ini.



Tak puas kan?? Ok saya pon. Meh dekat sikit saya cite satu persatu hehe



Gambar  ni ialah food divider. Ada 2 size besar dan kecil



 fork and spoon



 Food cup



 Food picks. Haa ini wajib ada



 stencil



 Cookies / bread cutter. Ini pun wajib juga



 Lunch box. Tapi size dia agak kecil berbanding dengan lunch box saya yang lain. Tapi tak mengapa saya tetap happy happy happy


 Water bottle. Ahh comel kan?? 

Watak miffy ni saya tak berapa pasti tapi apa yang saya pasti ia memang comel!
i heart cute things!!


Tuesday, June 25, 2013

Bento #98

Assalamualaikum. Jerebu masih kuat di sini. Malam tadi sangat-sangat berharap agar guru besar sekolah anakanda bagi cuti tapi tak. Ahhh. Pagi tadi memsiapkan happy bento dengan lemah longlai.
 "Semoga anakanda diberi kekuatan. Lindungilah dia daripada penyakit-penyakit, kejadian-kejadian yang tak baik Amin"
Masa jerebu ni kami anak beranak duduk diam-diam dalam rumah. Tutup semua pintu dan tingkap. On ekon dan kipas laju-laju. Saya punggah mainan budak-budak ni bagi diorang main puas-puas dan lupa persekitaran di luar. Alhamdulillah setakat ni kami anak beranak sihat. Cuma pedih mata. Athma saya ada sedikit tapi masih boleh dikawal.
"Ya Allah Kau lindungilah kami. Berikanlah kesihatan yang baik". 
Semalam lepas magrib saya ke guardian niat nak beli face mask. Tapi face mask sold out. Pegi kedai sebelah  sold out jugak. Wahh sangat terlaku ko ye face mask! Pergi kedai ubat cina ada. Ok amik dan pergi kaunter. 5pcs rm6 dang!! Gila cekik darah cina ni! Tak apa nasib baik aku darurat kalo tak memang aku baling kat muka ko! On the way balik singgah speedmart beli roti. Elin nak ban kaya. So mami amik 1 roti gardenia, 1 ban kaya. Bayar.


Makanya, happy bento hari ini bertema rilakkuma. Ban kaya permintaan anakanda elin dah bertukar rupa. Saya penuhkan dengan anggur hijau dan merah, dan juga strawberry. Ok segala jenis fruits sudah habis kena restok petang ni.
Ok itu saja cerpen bergambar saya hari ini. Mata pedih saya nak mengemop lantai dulu. Habuk dan asap di mana-mana. 

Assalamualaikum


Friday, June 21, 2013

Bento #97

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni hari ke-100 anakanda elin bersekolah. Dengan itu beliau dianugerahkan "anugerah kehadiran penuh" di sekolah. Oh ya kenapa bento yang ke 97?? Sebab mami demam masa hari ke-35, hari ke-85 elin ada sambutan hari guru jadi beri peluang untuk meraikan bersama cikgu, dan pada hari ke-87 elin ada sukaneka di sekolah SKSS 14.


Jadi, tahniah kakak!! 


Ini gambar yang saya sempat ambil sebelum elin naik ke pentas mengambil hadiah


Di atas ni, result exam elin yang lepas. Beliau memdapat tempat ke-4 daripada 24 orang murid dalam kelas yang mana tempat 1 hingga 3 dimenangi oleh murid 6 tahun. Ini markah anakanda elin:

Bahasa Melayu - 100%
Bahasa Inggeris - 92%
Matematik - 100%
Sains - 88%

"Syukur Alhamdulillah berkat usaha kakak, kakak membanggakan mami dan ayah. Semoga usaha ini berterusan. Mami sentiasa memdoakan" 
Amin

MY FRIENDS!