MY FRIENDS!

Thursday, January 31, 2013

twenty

Hai.. Lama tak update blog. Menjadi superbibik terlampau membuatkan setiap malam saya berdengkur awal. Tapi saya cuba memcegilkan bijik mata saya malam ini untuk mem update blog ini. Ok esok masuk bulan baru di tahun ini. Jumlah happy bento saya untuk tahun ini pun sudah 20 jenis bento yang saya sediakan untuk buah hati kecintaan. Bermakna 20 bentos untuk 20 hari persekolahan elin.
 "Samada kakak habiskan atau tak mami bersyukur dan puashati dapat bekalkan kakak makanan yang berkhasiat setiap hari disamping makanan yang cikgu bagi kat sekolah..Ohhhhh mami rindu kakak selalu.."


untuk readers boleh klik pic  untuk tumbesaran

Babai.. Assalamualaikum

Sunday, January 6, 2013

Sugarbunnies


Gambar  ini happy bento elin untuk hari ke-3 persekolahan. Adoii comelnye..





Friday, January 4, 2013

Meet my Sugarbunnies


Assalamualaikum. Entry kali ini nak memkongsi koleksi sugarbunnies bento tools yang saya ada. Saya ada lunch box, vege cutter, cookies/bread cutter, floss mould dan juga DIY food pick. Ahhhh comel nye!! Anakanda elin minta saya buatkan bento bertemakan sugarbunnies untuknya esok. Semangat nya saya bila beliau semangat untuk memnikmati bento yang saya prepare untuk nya setiap hari.

Ohhh... sebelum itu ini bento elin untuk hari ini
elmo and sesame street!


Happy bento-ing!


Thursday, January 3, 2013

Hari Pertama Elin di Sekolah

Assalamualaikum. Hari ini merupakan hari pertama Elin ke sekolah. Seawal 6 pagi saya bangun memsediakan bento untuk buah hati kecintaan. Semalam elin berjaya tidur seorang diri di biliknya. Alhamdulillah. Dan pagi ini dia nampak sangat bersemangat untuk memulakan hari persekolahannya. Macam biasa mami yang drama. Sebak sentiasa. Benci perbuatan perasaan seperti ini. 


Uniform purple elin belum dapat lagi jadi untuk hari ini elin pakai t-shirt putih dan tracksuit biru tua. Kelas elin bermula jam 8 pagi jadi 7.45 saya dah hantar beliau ke sekolah. Sampai saja di sekolah saya tengok pelajar-pelajar berhimpun di depan dewan besar mendengar taklimat ringkas sebelum masuk ke kelas. Alamak jantung saya berlari berdegup laju. "aku dah lambat ni!". Saya terus memhantar elin masuk ke dalam perhimpunan. Dan saya pun tunggu memlihat dari jauh. Tiba-tiba saya dengar guru yang berucap mengatakan ibubapa tunggu di kantin dan tidak dibenarkan menunggu di luar kelas untuk sesi suai diri berjalan dengan lancar. Adoi!!!!!!!! "aku belum peluk ciom kakak!!" saya dah mula sebak. Drama dah nak start! Saya nampak guru kelas elin bawa elin masuk ke dalam kelas. Saya nampak elin senyum dan memlambai-lambai :(... saya kena kuat.. Kuat macam elin. Sikit pun tak takut.. Mami rindu... rindu sangat...... O_O


Bento yang saya sediakan untuk buah hati kecintaan hari ini.


Semasa di rumah saya asyik memtengok jam. Lambatnya pukul 12!. Mami rindu kakak! Saya siapkan makanan tengahari untuk elin dengan penuh kasih sayang.. Tepat 11.50 saya dah ada depan kelas elin. Saya nampak elin sedang beratur untuk bersalaman dengan cikgu sebelum pulang. Sepanjang perjalanan dari kelas ke kereta, dalam kereta ke rumah elin sebuk bercerita itu dan ini sangat super excited dengan hari pertamanya. Alhamdulillah mami tak ada masalah. "Sesungguhnya dari mami mengandungkan awak kakak, kakak tak pernah bawak masalah kat mami. Dari lahir sampai sekarang kakak tak pernah mengecewakan mami. Kakak budak yang bijak. Mami sangat-sangat bersyukur Allah bagi kakak pada mami dan ayah. Macam tu jugak dengan adik.." (Ok drama nak start dah!)


Gambar buah hati kecintaan saya hari ini!


Dan ini malam kedua elin tidur sendiri lagi... mami kosong... kosong.. O_O
Oh tak... mami ada adik... Tapi tak sama macam mami ada kakak dan adik selalu.. :(

Sekian......


Tuesday, January 1, 2013

Pisah

 

Jam memtunjukkan pukul 11.22pm. Hari ini percubaan pertama kali saya dan anakanda elin tidur berasingan sepanjang 4 tahun 5 bulan 4 hari yang lepas. Kami tidak pernah berpisah.. Jiwa saya kosong.. kosong.. kosong.. O_O

Salam Tahun Baru 2013!

Assalamualaikum.. Salam Tahun Baru 2013! Semoga tahun ini akan lebih diberkati.. Amin
 
created by glazsliper aka IDA HAJI BAIDZOWI