MY FRIENDS!

Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Merdeka

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat memsambut ulangtahun kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-55! Saya bangga memjadi anak Malaysia!.. Mood patriotik saya berkobar-kobar hari ini. Jadi, tema happy food saya hari ini ialah "MERDEKA!"



Cintailah negara kita!!

P/S:Hari ini juga hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke-5!! Semoga rumahtangga saya berkekalan dan bahagia hingga ke syurga.. Amin

Wednesday, August 29, 2012

Permaisuri

Tema makanan gembira saya hari ini ialah "permaisuri" ehe.. Idea dari anakanda elin yang asyik berangan nak jadi perinses princess! hahha!! Jom tengok gambar


Di bawah ni aksi andakanda elin semasa memnikmati makanan gembiranya



Butter chicken salah satu menu feveret elin. Senang saja resepinya. Siapa yang nak cuba boleh amik resepi ni ye:

Butter chicken

Bahan-bahan ( 4 orang )

Daging ayam (saya suka part peha nyam!)
1 urat daun kari
Susu cair
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Buttercup
Garam
Serbuk kunyit

Cara-cara:

1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ayam agak2 separuh masak. Ketepikan
3. Dalam kuali yang baru masukkan buttercup dalam 5 sudu besar. Masukkan daun kari, bawang putih dan bawang besar. Tumis sampai naik bau ha ha harumm gitu
4. Lepas tu masukkan susu cair ikut suka nak kuah banyak atau kering. Bila agak pekat masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
5. Kacau sampai ayam betul-betul masak. Siap!
( Kalau nak pedas boleh letak cili padi. Saya tak letak sebab alergik pedas haha)


Wednesday, August 15, 2012

shopaholic


Lagi 5 hari umat Islam nak memsambut selamat hari raya. Alhamdulillah.. Tak sabo rasanya hihi. Eh eh cerita pasal raya lak. Entry kali ini pasal saya yang gila shopping. Haha oh tak tak tak.. bukan pasal saya. Tapi pasal cik kitty yang shopaholic. Tak caya?? Tengok ni..


Tak nampak?? Ok kasi tumbesaran..


Ok sekarang dah nampak??? Hehe... sebenarnya theme happy food saya kali inilah.. Cik KT mempegang handbag. Jadi, saya membagi nama shopaholic hihi..


buttered prawn feveret anakanda elin..


anakanda elin demam hari ini tapi Alhamdulillah masih berselera mahu makan..

Saja update lagi gambar


Jumpa lagi Insyaallah.. Mulai esok, blog saya akan bercuti.. Jumpa lagi selepas selamat hari raya nanti. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Maaf kalau ada salah silap saya secara sengaja atau tidak sengaja... Assalamualaikum..

Tuesday, August 14, 2012

Drawer


Assalamualaikum. Semalam saya, kakak, adik, dan mak saya memshopping di Giant Kelana Jaya. Saya memlawat pergi ke bahagian tools dengan niat asal nak memcari kalau-kalau ada toolbox berwarna pink. Tapi saya jumpa drawer yang ada 39 lacinya. Wahh lagi bes dari yang ada sebelum ni. Terus teringat bento tool saya yang merata-rata habitatnya. Jadi, apa lagi saya terus amik dan masukkan ke dalam troli . Taraa...!! Ini dia.. Harga dia RM49.90 no diskaun ok! Walaupon nak hari raya ^sigh^


Dan di bawah ini encik suami sudah drill kan drawer tersebut di dinding. Senang sikit nak amik. Yeay! baru senang saya nak memdeko happy food anak-anak saya selepas ini..


Yang ni pula kediaman baru untuk tools saya hehe


Koleksi food pick saya .. Saya addict!!!!


food pick, dan sauce pump


sauce container, food cup, dan food divider


assorted cutters


alphabet cutter, numbered cutter, dan shape cutter

Syukur Alhamdulillah..

 
created by glazsliper aka IDA HAJI BAIDZOWI