MY FRIENDS!

Tuesday, November 30, 2010

we ❤ PIZZA

Semalam 28.11.2010, saya memraikan 2 perkara penting dalam hidup saya. Perkara yang pertama ialah elin sudahpun berumur 2 tahun 4 bulan. Dan yang membanggakan saya ialah elin sudahpon berhenti mmpakai pampers. Syukur Alhamdulillah kerana memudahkan kerja saya. Apalagi sedang saya sarat memngandung ni. Memang elin anak yang senang diajar dan memdengar kata . Syukur sekali lagi....
Perkara yang kedua ialah saya telah pun memscan kandungan saya dan ianya adalah baby girl . Wah, happy betul saya.
Kami akan memnamakan baby ini .......

..Bertambahlah geng hello kitty saya. Seperti biasa, setiap kali masuk bulan baru untuk elin saya akan memsediakan happy food untuk anak kesayangan saya ini. Dan menu pada kali ini ialah pizza.





dan ini pula adalah untuk saya , en. husband dan ahli keluarga yang lain.








di bawah ini pula adalah bahan2nya:









ini pizza yang sedia untuk dibakar







Doakan hidup kami dirahmati Allah dan aman bahagia selalu. Amin

Saturday, November 27, 2010

Caramel Cheese Pudding









Karamel:
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

Puding:
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar

Cara-cara:
  1. Sediakan karamel. Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian, masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam acuan
  2. Pukul cream cheese dan gula hingga sebati. Kemudian, masukkan kuning telur diikuti teluryang lain sebiji demi sebiji.
  3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian, tuang ke dalam no. 2 tadi. kacau sekata
  4. Tuangkan adunan puding ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Alaskan acuan dengan bekas lain berisi air. Bakar pada suhu 160'c selama 40-45 minit.
  6. Sejukkan sebelum dihidang

Selamat mencuba
 
created by glazsliper aka IDA HAJI BAIDZOWI