Thursday, July 30, 2009

ROSALINDA BIRTHDAY PARTY

Semalam kami celebrate hari jadi elin yang pertama. Majlis diadakan di kedai kami. Majlis yang simple tetapi happening gila. Cukup buat saya dan keluarga ingat sampai bila-bila. Thousand thanx to Kak Voni yang susah payah memasak utk party ni. Pulut and rendang tu memang bes buk!! Hehe.. To Cik Ita gak yang sanggup apply cuti utk elin.. Thnx ye acik ita..


Ni lah kek utk elin.. yang kiri tu jiran kami sponsor.. cantik tau ade princess. Flavor carrot. Yang kanan tu choc indulgence secret recipe..





Ni time nak nyanyi lagu "HAPPY BIRTHDAY". Sorry gambar blur cameraman si acik boy lupe on flash.











Me, ayah n Rosalinda











Jelly Hello Kitty.. Sempat snap dua je.. yang lain2 dah kena bedal hahaha





master chef hehe..


Guest yang datang.. Ramai kan? Bes.. Thnx guys









kek yang tak sampai 10 minit dah runtuh hehe






Elin yang excited dengan hadiahnya sampai tetonggeng2 atas lantai..








Hadiah utk birthday girl... Thnx ye... hihik







Thanx guys...





bye bye bye bye

Tuesday, July 28, 2009

ROSALINDA 1 year old





Hari ini jam 3.47 am Rosalinda genap berumur 1 tahun.. Waktu ini saat ini saya berada di labor room bertarung nyawa untuk melahirkan beliau.. Sakit dan azabnya hanya Tuhan yang tahu. Walau bagaimanapun ia mengajar saya tentang erti pengorbanan seorang ibu..

Pada jam 11pm (27 july 2008) saya di masukkan ke labor room. Sewaktu itu bukaan hanyalah 4cm sahaja. Saya terpaksa di induce kerana memandangkan kandungan saya sudah lewat 2 minggu dari tarikh yang dijadualkan. Perlahan2 sakit berserta rasa mahu meneran bertukar2 pergi dan datang.. Hampir 4 jam saya menganggung azabnya. Namun, saya bersyukur kerana mempunyai suami yang setia menemani saya ketika itu. Kata2 semangat dan bacaan ayat2 suci Al-Quran dari beliau banyak membantu proses kelahiran. Akhirnya pada jam 3.47am saya selamat melahirkan bayi sulung perempuan kami yang kami namakan Rosalinda seberat 3.26kg.
Syukur Al-hamdulillah sekarang Rosalinda membesar dengan sihat, sempurna dan penuh kasih sayang.

Saya juga rasa berbangga kerana dapat menyusukan Rosalinda secara eksklusif sehingga sekarang. Dan sekiranya tiada aral yang melintang saya ingin menyusukan beliau sehingga beliau berumur 2 tahun.. Insyaallah

Kepada AYAH.. mummy bersyukur sgt2 sbb Tuhan bagi ayah pd mummy.. Ayah byk besabar dgn karenah mummy.. Ayah x pernah abaikan kami.. Thnx ayah.. mummy syg ayah..
Kepada BABY.. baby segalanya buat mummy.. baby n ayah nyawa mummy.. mummy harap baby jadi seorang yang solehah, jadi seorang yang mulia, jgn sombong, sentiasa ingt diri dan jadi org yg berguna suatu hari nanti.. mummy love both of u.. sayang sgt

( Tak boleh nak teruskan lagi.. sedih teramat sgt )




bye bye bye bye

Monday, July 27, 2009

MY FRIENDS!