MY FRIENDS!

Tuesday, February 11, 2014

Diaper Off


Dah lama saya nak share benda ni tapi alahai mood malas selalu. Tapi malam ni terpaksa rajinkan diri jugak. Berkenaan potty training nana. Alhamdulillah telah berjaya. Ceritanya begini..
Masa nana berumur 2 tahun 3 bulan saya cuba potty trained nana untuk buang air di toilet. 3 hari adalah gagal. Saya cuba lagi masa nana 2 tahun 4 bulan selama 3 hari. Gagal. So, decide dengan encik asben stop dulu sebab nana tak boleh langsung nak bagitau bila dia nak "buang". Saya cuba lagi masa nana 2 tahun 6 bulan. On and off. Bolehlah. Tapi suatu hari tu dia terbuang air besar kat tempat saya sembahyang. Failed. Saya start semula masa nana 2 tahun 9 bulan yang lalu, 7.1.2014. Saya belikan nana panties baru yang COMEL. Saya bagitau dia kita nak start poo poo and shi shi dalam toilet. No more pampers. So, bermulalah sesi selak menyelak nak tengok panties dia. Tak nak syependa kotor katanya. 1st day adalah ok. Yeay! untuk nana. 2nd day, 3rd day, 4th day, 5th day... eh eh eh dah senang dah ni.. malam je pakai diaper. Tapi bila saya tengok selama seminggu bangun pagi je kering.. So, saya simpan terus diapers dia. Pheww lega....
Macam tu lah ceritanya... Alhamdulillah. Dah sebulan lebih nana tak pakai diapers. Comel je tengok punggong comel dia tanpa diaper. Hihi..



Yang atas  ni picture elin dan nana masa mereka berjuang dahulu. Anak mami dah besar... Sob sob..
Untuk cerita elin berjuang klik sini   elin's potty story
Tata

 photo post.png

No comments:

 
created by glazsliper aka IDA HAJI BAIDZOWI