Monday, January 27, 2014

Nori Puncher


Hari ni nak share sikit pasal nori puncher. Nori puncher ni sangatlah berguna bila saya nak membuat charaben (karakter bento). Tapi kalau mommies yang rajin nak potong nori tu freehand saya amat salute beserta tabik hormat. Maklumla nk cut nori tu freehand memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Nak-nak lagi time nak cepat tapi terkial-kial nak mempotong ikut bentuk yang kita nak. Memang tak lah. So, hari ini saya nak share koleksi nori puncher saya (setakat ini). Jadi, kita mulakan dengan my favourite shoe puncher.


The shoe punchers are my favourite and I highly recommend them. The quality is soooo good and they are easy to use and cuts well.


Yang ni hapimogu puncher. Mommies boleh beli kat daiso rm5 each. Quality so so je. Maksudnya sometimes cut out cantik and ada masa cut out macam hampeh. Ko cut la dengan perasaan kasih sayang sekalipun kalau dia dah takmo keluo cantik. Tapi kalau ada tahap kesabaran yang setinggi gunung everest bole je nak try. Tak ade masalah pon.


Ok puncher yang    ni better dari puncher hapimogu tadi. Tapi still tak boleh lawan shoe puncher. Puncher jenis ni datang 3pcs each set.


 ni pon dalam  kategori shoe puncher jugak. But more to paper craft puncher. Tapi saya guna je potong nori. Cut-out mmg superb.


 puncher yang ni pulak datang dalam set. Yang Hello Kitty atas kiri tu free gift dalam bento book. Rilakkuma, hello kitty and panda puncher tu comes with rice mould in a set. Untuk puncher jenis ni cut out sama mcm puncher yang no 3 tadi. 

 Yang ni pon sama more to paper craft. Tapi saya pernah cuba atas nori cantik je mayb sbb untuk cut out yang besar. Puncher jenis macam ni mommies boleh beli kat bookstore. Puncher yang peach tu saya beli kat popular bookstore rm12.90 tak silap. Yang purple tu rm8.90

 Paper craft puncher. Beli kat daiso. Selalunya kalau untuk cut out besar tak ada masalah kalau guna paper craft puncher. Yang masalah cut out hancur, tak cantik, pecah2 tu untuk cut out kecik.
So, pada saya, shoe puncher adalah sebaik-baik investment. Biar mahal asalkan hasilnya puas hati. 
Happy bento-ing mommies!

 photo post.png

No comments:

MY FRIENDS!