Thursday, August 29, 2013

Bento #116


Masih mood merdeka. 2 hari lagi. 31hb Ogos jugak hari ulam tahun perkahwinan saya. Tahun ni ialah tahun yang ke-6 hehe.
Tata lovesssss

Wednesday, August 28, 2013

Bento #115


Tanggal 31 bulan 8 57. Hari yang mulia hari bahagia sambut dengan jiwa yang merdeka..
Lagi 3 hari rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-56. Saya turut merasakan keterujaan nya. Mana taknya dalam seminggu dua ni homework anakanda elin semua ada related dengan kemerdekaan. Ye lah kan, sekarang kan bulan kemerdekaan. Hari ini mintak bawak bendera, esok mintak gambar perdana menteri dari 1 sampai 6. Lusa soh bawak baju lama untuk sesi memngecat bendera. Kelmarin lak dapat mesej untuk pertandingan fesyen kemerdekaan. Saya ada idea dah. Dang! Tunggu nanti saya upload fesyen kemerdekaan anakanda nanti di sini.Saya dah design semalam tunggu nak jahit je.
Ok, so hari ni dengan penuh semangat patriotik sambil bernyanyi-nyanyi lagu merdeka ni saya buatkan anakanda happy bento bertemakan kemerdekaan jugak. Hello Kitty kibar bendera. Yeay! Merdeka! Merdeka!. Hari ini anakanda elin berumur 5 tahun 1 bulan... 
Tata lovess

Saturday, August 24, 2013

Bento #112


Filled with nenas, setoberi, dan roti jem.
Sekolah ganti. Baru nak pi shopping huhu. Takpe petang nanti balas dendam. 
Tata

Friday, August 23, 2013

Bento #111


Saya suka saya suka happy bento hari ini. Terasa ini yang ter sangat paling comel nes.. Haha perasan. Saya penuhkan happy bento elin dengan cherries, watermelon, dan roti jem. 
Sekian, cerpen bergambar untuk hari ini. 

Thursday, August 22, 2013

Wednesday, August 21, 2013

Bento #109


Elmo's world elmo's world!
Filled with pizza, cherries, and kiwi.

(Taip laju-laju)

Tuesday, August 20, 2013

Bento #108


Tema happy bento anakanda elin hari ini ialah Hello Kitty!!! yeay!!!!! Saya penuhkan ketat-ketat dengan strawberries, kiwi dan juga fancy hello kitty donut butter cookies. Waahhh panjang namanya gitu.. Ohh cakap pasal cookies ni ada kawan minta resepi nanti bila free saya update ye. Tata

Fancy Donut Cookies


 Ada ramai  2, 3 orang kawan mintak resepi fancy donut cookies comel saya. Jadi, hari ni saya nak hapdet resepi cookies comel ciptaan saya sendiri. Cookies ni asalnya dari resepi butter cookies  tapi saya olah dengan letak topping coklat. Main sukat timbang ikut suka. Tapi Alhamdulillah anak-anak suka sebab agak crispy.



Ni resepi nya:

 BAHAN-BAHAN ( untuk 30 biji )

 180 g butter
 120 g gula kastor
 450 g tepung naik sendiri
 50 g tepung jagung
 2 biji telur
 badam cincang ( optional  )
 coklat masakan
 coklat rice kaler-kaler

 CARA-CARA:

 Pukul butter dan gula hingga berkrim. 
Masukkan telur dan pukul rata. 
 Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
 Masukkan badam cincang.
 Tekap dengan acuan kesukaan. 
 Bakar pada suhu 175'c selama 10-20 minit ( bergantung pada kecanggihan oven masing-masing ). 
 Sambil tunggu cookies masak, bolehlah double boiled coklat masakan.
 Bila cookies dah masak, sejukkan. Dan dip cookies ke dalam coklat. 
 Tabur coklat rice di atas.
Siap!

Selamat mencuba kawan-kawan


 happy bento anak saya yang saya penuhkan ketat-ketat dengan cookies comel ini dan fruits. I is terlambat bangun nasib baik ada cookies ni boleh main taruh je hehe


 photo post.png





MY FRIENDS!