Friday, June 21, 2013

Bento #97

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni hari ke-100 anakanda elin bersekolah. Dengan itu beliau dianugerahkan "anugerah kehadiran penuh" di sekolah. Oh ya kenapa bento yang ke 97?? Sebab mami demam masa hari ke-35, hari ke-85 elin ada sambutan hari guru jadi beri peluang untuk meraikan bersama cikgu, dan pada hari ke-87 elin ada sukaneka di sekolah SKSS 14.


Jadi, tahniah kakak!! 


Ini gambar yang saya sempat ambil sebelum elin naik ke pentas mengambil hadiah


Di atas ni, result exam elin yang lepas. Beliau memdapat tempat ke-4 daripada 24 orang murid dalam kelas yang mana tempat 1 hingga 3 dimenangi oleh murid 6 tahun. Ini markah anakanda elin:

Bahasa Melayu - 100%
Bahasa Inggeris - 92%
Matematik - 100%
Sains - 88%

"Syukur Alhamdulillah berkat usaha kakak, kakak membanggakan mami dan ayah. Semoga usaha ini berterusan. Mami sentiasa memdoakan" 
Amin

No comments:

MY FRIENDS!