MY FRIENDS!

Friday, May 17, 2013

Good Luck

Assalamualaikum. Hari ini hari terakhir ujian pertengahan tahun Elin. Kertas Pendidikan Islam. Saya agak risau dengan subjek ini sebab Elin jarang-jarang tak selalu memngulangkaji subjek ini di rumah. Tapi walau macam mana pun Elin sudah pon di Iqra' 3. Alhamdulillah sudah kenal semua huruf cuma saya takut apabila dia menulis huruf tersebut ustazah tak dapat nak baca. Titik tak nampak, kecik besar, sama bentuk hmm tak tahulah.. Tapi malam tadi saya dah suruh dia praktis untuk menulis ke semua huruf jawi tersebut. Alhamdulillah boleh. Mami yakin kakak boleh. Insyaallah. Nanti saya share result dia macam mana ok?

Ok, jadi hari ini saya buatkan happy bento berciri 'go go good' untuk anakanda kecintaan. Bento #84 untuk hari ke 86 persekolahan.


"Doa mami supaya kakak dapat menjawab semua soalan dengan baik" 
Amin

 
created by glazsliper aka IDA HAJI BAIDZOWI