MY FRIENDS!

Wednesday, May 9, 2012

Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum kawan-kawan saya yang baik hati. Semoga sihat berbahagialah hendaknya. Hari ini saya nak memkongsi resepi kek coklat lembab yang dimasak memgunakan teknik kukus. Senang je tau caranya. Jadi tak ada alasan lagi kenapa MALAS memasak di rumah ewahh... My Elin suka sangat makan kek coklat ni sebab tu lah saya terpanggil untuk memkongsikan di sini. Ok sebelum kasi tunjuk itu resepi kita tengok gambar dulu. Jom!





Gambar di atas ni kek yang sedang disejukkan sebelum dicampak topping di atasnya.. Nampak tak berapa memselerakan hihi..





Yang ni macam mana pulak?? :P






Kasi zoom itu dalam punya tekstur.. sangat-sangat lembut dan moist.. Hmmm.. Ok.. kepada yang nak memtiru memcuba boleh amik resepi ni:

BAHAN-BAHANNYA:

1 cawan tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu segar
4 biji telur (size M)
1 cawan gula halus
3 sudu besar susu pekat
1 cawan minyak jagung
beberapa titik esen vanila
p/s:Perlu diingat sukatan cawan yang digunakan bermaksud memgunakan cawan yang sama. Jangan tukar-tukar cawan lak.. kalau tak nanti tak jadi kek.. jadi batu :P

TOPPING:

3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko /coklat masakan
2 sudu besar susu segar

CARA-CARA:

Pukul telur dan gula sehingga kembang.
Titiskan esen vanilla. Pukul lagi.
(Bahan A)
Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
(Bahan B)
Masukkan (Bahan B) sedikit demi sedikit ke dalam (Bahan A)
Masukkan susu segar, susu pekat manis dan minyak . Gaul sebati
Masukkan ke dalam acuan. Kukus selama 10-12 minit
(Bergantung kepada saiz kek)
Untuk topping.. Campurkan semua bahan dan masak memgunakan kaedah double-boiled. Kemudian campak ke atas kek uang telah disejukkan.
Hias memngikut sukahati. Siap!

Selamat memcuba kawan-kawan! Good night!

 
created by glazsliper aka IDA HAJI BAIDZOWI