MY FRIENDS!

Thursday, December 2, 2010

Pandan Emulco Muffin

Hari ini saya tidak ke mana-mana. Saya ni jenis tak suka duduk diam. Ada je benda yang saya nak buat. So, hari ini saya mem-eksperimen happy food untuk family saya. Menu untuk minum petang tadi saya buatkan pandan emulco muffin mempandangkan bahan-bahan nya sedia ada dalam fridge. Resepi ini actually sangat2 simple cuma kena alert dengan cara memproses adunan.. Kadang-kadang hasilnya keras, bantat atau memjadi seperti bingka.. Tau ape itu bingka? orang kampung saya panggil bengkang.. hihi
Jom memtelan air liur bersama-sama.. hakhak











muffin di atas untuk en. husband, saya, dan yang kecil untuk elin dan the last one untuk baby dalam perut saya hehe




Bahan-bahan:
90g butter
70g gula kastor
1 biji telur
40ml susu segar
2 titik esen vanilla
110g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco

Cara-cara:
  1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga berwarna putih.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan garpu. Tak perlu kembang
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan 1 dan pukul sehingga sebati. Kemudian, masukkan esen vanilla. Pukul lagi.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder ke dalam no 3 sedikit demi sedikit sebanyak 3x berselang seli dengan susu segar sambil dikacau sebati.
  5. Masukkan pandan emulco
  6. Isikan ke dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 180'c
Selamat memcuba kawan-kawan


 
created by glazsliper aka IDA HAJI BAIDZOWI