Tuesday, July 28, 2009

ROSALINDA 1 year old





Hari ini jam 3.47 am Rosalinda genap berumur 1 tahun.. Waktu ini saat ini saya berada di labor room bertarung nyawa untuk melahirkan beliau.. Sakit dan azabnya hanya Tuhan yang tahu. Walau bagaimanapun ia mengajar saya tentang erti pengorbanan seorang ibu..

Pada jam 11pm (27 july 2008) saya di masukkan ke labor room. Sewaktu itu bukaan hanyalah 4cm sahaja. Saya terpaksa di induce kerana memandangkan kandungan saya sudah lewat 2 minggu dari tarikh yang dijadualkan. Perlahan2 sakit berserta rasa mahu meneran bertukar2 pergi dan datang.. Hampir 4 jam saya menganggung azabnya. Namun, saya bersyukur kerana mempunyai suami yang setia menemani saya ketika itu. Kata2 semangat dan bacaan ayat2 suci Al-Quran dari beliau banyak membantu proses kelahiran. Akhirnya pada jam 3.47am saya selamat melahirkan bayi sulung perempuan kami yang kami namakan Rosalinda seberat 3.26kg.
Syukur Al-hamdulillah sekarang Rosalinda membesar dengan sihat, sempurna dan penuh kasih sayang.

Saya juga rasa berbangga kerana dapat menyusukan Rosalinda secara eksklusif sehingga sekarang. Dan sekiranya tiada aral yang melintang saya ingin menyusukan beliau sehingga beliau berumur 2 tahun.. Insyaallah

Kepada AYAH.. mummy bersyukur sgt2 sbb Tuhan bagi ayah pd mummy.. Ayah byk besabar dgn karenah mummy.. Ayah x pernah abaikan kami.. Thnx ayah.. mummy syg ayah..
Kepada BABY.. baby segalanya buat mummy.. baby n ayah nyawa mummy.. mummy harap baby jadi seorang yang solehah, jadi seorang yang mulia, jgn sombong, sentiasa ingt diri dan jadi org yg berguna suatu hari nanti.. mummy love both of u.. sayang sgt

( Tak boleh nak teruskan lagi.. sedih teramat sgt )




bye bye bye bye

3 comments:

Putri Nor Ashiqin said...

selamat hari jadi baby rosalinda yang sgt3 comel...

semoga sihat n ceria selalu dia samping parent yang comel =)

Abby C said...

Happy 1st birthday elin!!
Ida kiss elin for me k.Muacksss

blogtajulmuluk said...

hepy besday rosalinda.. aku pun sayang kat ko da...

MY FRIENDS!